Ditulis oleh TeamSihat24 • 12 Jun 2025
Ramai yang nak turunkan berat tapi tak faham beza antara BMI dan BMR. Kedua-dua ni adalah ukuran penting untuk bantu anda capai berat badan ideal dan rancang pemakanan harian dengan lebih bijak.
BMI (Body Mass Index) ialah ukuran untuk mengetahui kategori berat badan anda — sama ada anda underweight, normal, overweight atau obes.
Formula BMI:
BMI = Berat (kg) / (Tinggi (m) x Tinggi (m))
Contoh: Berat 70kg, tinggi 1.7m → BMI = 70 / (1.7 x 1.7) = 24.2
BMR (Basal Metabolic Rate) ialah jumlah kalori minimum yang badan anda perlukan setiap hari untuk kekal hidup (bernafas, jantung berdegup, dll), walaupun anda tidak buat sebarang aktiviti.
Contoh: BMR anda = 1,400 kalori → bermakna kalau anda baring saja, badan masih perlukan 1,400 kalori untuk berfungsi dengan baik.
Nak tahu berat badan ideal atau jumlah kalori harian yang sesuai untuk anda?
Gunakan kalkulator kami untuk kira BMI & BMR dengan mudah.
Kalau anda serius nak turunkan berat dengan cara sihat, mulakan dengan tahu nombor BMI dan BMR anda. Kami di TeamSihat24 sedia bantu anda kira dan susun pelan mengikut keperluan badan sendiri.
Jom mulakan dengan dapatkan penilaian wellness anda secara percuma! Klik sini untuk mula!
← Kembali ke Laman Utama